Isnin, 25 April 2011

ZIKRULLAH


Bila bercakap soal zikir ini rata-rata daripada kita telah mengetahui apa itu zikir,misal ditanya kepada pelajar sekolah rendah pun anak-anak pelajar boleh atau mampu memberi respon apa itu zikir,lbih-lebih lagi bila kita bertanyakan hal yang sama kepada orang dewasa.

Semestinya meraka menjawab zikir itu kita ingat kepada ALLAH.Sebenarnya ramai dikalangan masyarakat hari ini megkhususkan zikir ini dalam masjid selepas solat lima waktu atau bila diadakan majlis zikir sahaja waktu itu sahajalah mereka rasa bersesuaian untuk berzikir.Bukan saya nak pertikaikan hal sedemikian,cuma inilah yang berlaku dalam masyarakat hari ini.Kalau nak berzikir je hanya dekat masjid,mereka hanya berhenti setakat itu sahaja.

Sebenarnya dan sepatutnya berzikir ini boleh kita lakukan dimana sahaja kita berada,contohnya sewaktu dalam perjalanan untuk ke pasar atau sebagainya jangan biarkan lidah kita kering tanpa menyebut apa-apa zikir.sebenarnya mudah sahaja time memandu tu lidah dibasahi dengan zikir pada ALLAH,selawat ke,istighfar ke,tasbih,tahmid dan takbir.Pada saya ia cukup mudah untuk dilafazkan.Biasanya ada orang berkata kita mudah untuk bercakap tapi untuk mempraktikannya amat sukar sekali,ya saya tak nafikanya cuma disini sama-sama kita mencuba,sama-sam kita mempraktiskannya.
 
Penting sangat ke zikir ni,ya penting sangat-sangat,kerana dengan hati yang bersih sahaja yang mampu untuk kita menghindari segala maksiat.Zikir ini akan menjadi satu antibodi untuk menangkis diri kita dari melakukan maksiat kepada ALLAH.

Sejauh mana diri kita mampu menangkis maksiat, disana akan terletak sejauh mana bersihnya hati kita.Betapa besarnya manfaat zikir ini.

Selain itu,zikir ini adalah pencuci kepada segala dosa dan maksiat yang kita lakukan.misalnya jika pakaian kita kotor,semestinya serbuk atau cecair pencucilah yang akan menjadi bahan untuk menyucikan kembali kain atau pakaian kita.Nah kalau diri kita atau hati kita kotor kita tak guna pencuci sebagaimana kita mencuci pakaian kita,jadi zikirlah yang menjadi bahan pencuci kepada hati yang bernoda,hati yang hitam dengan titik-titik hitam.

Zikirlah satu-satunya produk yang berkualiti untuk membersih hati kita.Jadi berzikrlah dalam apa jua keadaan kita sekalipun moga-moga hati kita sentiasa berada dalam keadaan yang bersih sebagaimana asal kejadian kita yang bersih dari sebarang dosa.





















Rabu, 19 Januari 2011

Budi

Sebagai manusia,sebagai insan,dan sebagai seorang hamba sehendaknya kita perlulah bersyukur di atas segala nimat kurniaan ALLAH yang tidak terhingga kepada kita.Sebagaimana kita semua tahu bahawa seandainya kita menjadikan seluruh lautan ALLAH ta'ala itu sebagai  dakwat dan menjadikan seluruh ranting kayu yang ada ini sebagai pena untuk menghitung nikmat ALLAH nescaya tidak akan terhitung,begitu besar dan banyaknya nikmat ALLAH kepada hambanya.

Persoalan nikmat kurniaanya itu,bagi saya ia tidak pelik kerana kita semua ketahui ALLAHlah yang mempunyai segala sifat-sifat kesempurnaan iaitu sifat kamalat sebaliknya kita sebagai hambanya ialah hamba yang cukup kekurangan,kedhoifan,kefakiran seterusnya segala sifat lemah itu hanya pada kita sebagai hamba ALLAH.

Persoalan yang saya ingin utarakan dan bawa ialah tentang bersyukur kita kepada ALLAH.Inilah sedikit perkongsian yang saya ingin bawa bersama agar kita sentiasa menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
Apa itu syukur?setengah daripada kita tidak tahu apa itu syukur.....ok baiklah syukur itu adalah kita berterima kasih kepada ALLAH.

Sekiranya seseorang memberi sesuatu kepada anda apa yang anda akan buat semestinya kita mengucapkan terima kasih kepada orang tersebut,tak kiralah samada kita diberi sesuatu atau mendapat pertolongan daripada seseorang semestinya kita nerterima kasih kepadanya.Seandainya kita tidak mengucapkan terima kasih itu bagaimana perasaan orang itu?kalau saya, saya cakap orang itu tak pandai untuk balas jasa baik orang yang pernah membantunya.alaisa kazalik???.....bunyi arab la pulak.

Sebagaimana yang saya katakan bahawasanya nikmat ALLAH itu tidak dapat untuk kita menghitugkannya....jadi persoalanya adakah kita bersyuku???bersyukur itu bkan sekadar kita mengucapkan ALHAMDULILLAH tetapi bersyukur perlulah kita buat apa yang diperintahkan ALLAH dan tinggal apa yang dilarang oleh ALLAH.sebab itulah mana orang yang bertaqwa kepada ALLAH mereka inilah orang yang pandai bersyukur,orang yang pandai dalam membalas jasa baik serta budi ALLAH ta'ala.

Oleh itu bersyukurlah selalu diatas nikmat kurniaanya,kesimpulannya orang yang bersyukur itu adalah orang yang cerdik, manakala orang yang tak bersyukur itu orang yang kurang kecerdikannya.