Rabu, 19 Januari 2011

Budi

Sebagai manusia,sebagai insan,dan sebagai seorang hamba sehendaknya kita perlulah bersyukur di atas segala nimat kurniaan ALLAH yang tidak terhingga kepada kita.Sebagaimana kita semua tahu bahawa seandainya kita menjadikan seluruh lautan ALLAH ta'ala itu sebagai  dakwat dan menjadikan seluruh ranting kayu yang ada ini sebagai pena untuk menghitung nikmat ALLAH nescaya tidak akan terhitung,begitu besar dan banyaknya nikmat ALLAH kepada hambanya.

Persoalan nikmat kurniaanya itu,bagi saya ia tidak pelik kerana kita semua ketahui ALLAHlah yang mempunyai segala sifat-sifat kesempurnaan iaitu sifat kamalat sebaliknya kita sebagai hambanya ialah hamba yang cukup kekurangan,kedhoifan,kefakiran seterusnya segala sifat lemah itu hanya pada kita sebagai hamba ALLAH.

Persoalan yang saya ingin utarakan dan bawa ialah tentang bersyukur kita kepada ALLAH.Inilah sedikit perkongsian yang saya ingin bawa bersama agar kita sentiasa menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.
Apa itu syukur?setengah daripada kita tidak tahu apa itu syukur.....ok baiklah syukur itu adalah kita berterima kasih kepada ALLAH.

Sekiranya seseorang memberi sesuatu kepada anda apa yang anda akan buat semestinya kita mengucapkan terima kasih kepada orang tersebut,tak kiralah samada kita diberi sesuatu atau mendapat pertolongan daripada seseorang semestinya kita nerterima kasih kepadanya.Seandainya kita tidak mengucapkan terima kasih itu bagaimana perasaan orang itu?kalau saya, saya cakap orang itu tak pandai untuk balas jasa baik orang yang pernah membantunya.alaisa kazalik???.....bunyi arab la pulak.

Sebagaimana yang saya katakan bahawasanya nikmat ALLAH itu tidak dapat untuk kita menghitugkannya....jadi persoalanya adakah kita bersyuku???bersyukur itu bkan sekadar kita mengucapkan ALHAMDULILLAH tetapi bersyukur perlulah kita buat apa yang diperintahkan ALLAH dan tinggal apa yang dilarang oleh ALLAH.sebab itulah mana orang yang bertaqwa kepada ALLAH mereka inilah orang yang pandai bersyukur,orang yang pandai dalam membalas jasa baik serta budi ALLAH ta'ala.

Oleh itu bersyukurlah selalu diatas nikmat kurniaanya,kesimpulannya orang yang bersyukur itu adalah orang yang cerdik, manakala orang yang tak bersyukur itu orang yang kurang kecerdikannya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan